hiho guys~
Bersambung dari part 3
Ilham menanti seorang diri di cafe Anggerik. Kelibat Ifah masih belum kelihatan lagi. Dia tenang menghirup air neslo ais. Hilang dahaga di tekaknya. Dengan Faris yang buat hal macam-macam, pening dia dengan sikap rakannya itu.
"Ramai jugak orang dating kat sini, kanan kiri penuh tempat couple duduk." Ilham menggelengkan kepala, kesal melihat telatah budak-budak yang baru masuk universiti ini. Kejutan budaya sungguh. Seorang berpasangan, semua mahu berpasangan. Trend masa kini gamaknya.
"Assalamualaikum, maaf lambat. Dah lama menunggu?" Ifah menegur Ilham, sambil tersenyum. Tidak terlihat sebarang ekspresi sedih pada wajahnya. Ilham kagum dengan ketabahan wanita ini, yang memang menjadi wanita pilihannya sejak dari dahulu lagi. Demi persahabatan dia sanggup berkorban, asalkan mereka bahagia.
"Waalaikumusalam, takpe. Baru sekejap sampai. Air neslo ni tak sempat nak hirup lagi pon. Haha" Ilham berseloroh, Ifah tersenyum. Dia masih tertanya tentang perkara yang ingin disampaikan oleh Ilham. Ilham bangun menuju ke kiosk minuman, dan kembali dengan air milo ais.
"Nah, your favourite. My treat today. Since i'm the one who ask you to come here." Ilham menghulurkan air milo itu, Ifah masih tersenyum. Sesungguhnya senyuman seorang wanita bisa untuk mencairkan hati seorang lelaki. Ilham segera duduk dan minum air untuk mengalihkan perhatiannya dari senyuman manis Ifah.
"Ilham, apa yang awak nak bagitau kat saya sebenarnya?" Ifah memulakan perbualan. Ilham masih bersahaja. Dia menghirup air neslo dengan perlahan, seolah-olah menikmati kesedapan air tersebut. Dia sengaja membiarkan Ifah menanti dan tertanya-tanya.
"Sebenarnya...."
*****
"Abah, Faris dah putuskan pertunangan dengan Ifah. Harap abah puas hati sekarang." Faris memberontak, namun nada suaranya masih dijaga, kerana menghormati kedua orang tuanya itu.
"Baguslah. Abah bukan sengaja, tapi ini adalah wasiat. Wasiat atuk kamu. Atuk kesayangan kamu. Dan juga janji abah dan kawan abah. Apa guna berjanji apabila tidak dikotakan." Abah mempertahankan keputusannya, Faris terkejut. Wasiat atuk? Kenapa baru sekarang?
"Nanti abah akan ceritakan bila Faris balik minggu depan. Lepas ini dah takde tunang-tunang dah, terus kahwin jek. Jimat kos. Tak payah nak membazir duit hantaran banyak-banyak. Kita buat simple jek." Abah menyambung. Faris hanya mampu mengiyakan sahaja.
"Baik abah, Faris nak study ni. Lusa ada test. Kirim salam kat adik dengan mak. Assalamualaikum." Faris meletakkan panggilan tersebut. Rasa sakit hati bercampur baur dengan perasaan ingin tahu. Sesungguhnya dia begitu serabut dengan dugaan yang menimpa dirinya kini.
"Ya Allah, tabahkanlah hati dan perasaan aku. Aku tahu Kau tak akan menguji hamba-Mu dengan ujian yang dia tidak mampu untuk menanggungnya. Tabahkan diriku ya Allah." Faris menangis buat kali kedua untuk hari ni, sebak sungguh terasa.
*****
"Jadi, macam itu la ceritanya. Saya sendiri pon tak faham kenapa dia tetiba bertindak sedemikian rupa. Sedangkan kami sudah lama berkawan." Ilham menjelaskan kepada Ifah.
"Saya pon sedar, tapi tak sangka akan keputusan ini yang dia akan pilih. Dia cakap dia okay, tapi memang dia nampak okay pon. Saya keliru dengan sikap dia." Ifah menahan diri dari mengalirkan air mata, dia masih terasa sebak di atas keputusan yang berat sebelah dari sebelah pihak sahaja.
"Saya harap awak dapat bersabar ye Ifah, saya akan cuba untuk menolong awak setakat mana yang saya mampu." Ilham cuba menenangkan Ifah, dia tak sanggup melihat wanita yang dicintainya itu mengalirkan air mata. Sedih pilu turut terasa di hatinya.
"Takpe, dah habis perkara yang awak nak cerita kan? Saya nak balik dulu ye awak, lusa saya ada test. Banyak lagi tak sempat nak study ni. Assalamualaikum." Ifah bangun, dan mula berlalu pergi. Ilham tak sempat untuk membalas katanya.
Ifah bergegas pulang ke biliknya, air matanya sedia untuk jatuh lagi. Kali ini dia keseorangan, Zara entah ke mana. Tiada pesanan ditinggalkan. Dia baring, mengenang nasib diri yang malang.
"Beep, beep, beep" 1 message recieved.
"Awak, jangan bersedih ye. Goodluck untuk test awak lusa ni, buat yang terbaik. Buktikan pada Faris bahawa awak kuat. Kalau awak perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan, just text me okay? You can count on me, we've been friends for years. Assalamualaikum."
Ifah sebak, Ilham merupakan seorang sahabat yang baik, sejak dari dulu lagi. Dia masih memikirkan tentang perkara yang Ilham bagitahu tadi. Mungkinkah benar? Atau tidak? Dia keliru.
bersambung..
ciaossu!!
*notakaki : tiada lagi kisah aku dan dia*






23 krew sergeant keroro lapor diri:
napa aku harap Ifah dgn Ilham la pula lepas baca ni.. ? hehe..
gu job Sergeant Keroro :)
wah, kelas ko weh..
boleh la bukukan nanti =)
haha.. mengarang cerita pulak ko skrg ni ea..
bile citer ni hbis?
< a href="http://zhazmi.net/2012/02/kenapa-pilih-net/"> Saya gune domain .net< /a>
Eh eh, sejak bila tukar profesional ni? Haha. Nanti dah ada buku sendiri, jangan lupa bagi free satu eh? Nak satu!!!! Hahaha
aku suka bab bapak dia kata tak payah tunang2, kawen terus. jimat duit.. :)
keroo..kalo terbit novel, jgn lupa bgtau yerr..sy nk beli, serious :)
Errr err tetibe tatau nk komen ape. Ape ni watak iffah asek sedih je
hehe betul gary, memang bab trus kawin tu aku stuju n suka sgt..hehe save duit..
skali skala layan crtia mcm ni syok gak, rasa relax je :D
wahhh hebakknya dia boleh karang2 novel.. fuhh banyak sungguh idea
tak sangka betul aq ko mampu karang cerita macam ni..macam real je...hee...
tak sabar pulak nak tunggu sambungannya lagi ni..layan jugak baca cerita ni..:D
#oh..gamabr gathering yg kat entri tu hari sabtu lepas..hee~
mmg ade bakat jadik penulis novel...=)
smoga berjaya dlm bidang penulisan ye...
la,
dah part 3 ? aku mcm ketinggalan banyak je ?
cpt habeskan cerita.. best la pulokkk^^
pendek sgt..panjangkan sikit.hehehe
siap sampai part 3.hehe. yang part 2 dah lupa dah. kena baca balik ! :)
singgah sini n bace entry....
nice ") nice ") like :) like :)
http://sabryoppa.blogspot.com/ (blog personal)
http://shaberry92.blogspot.com/ (blog kpop)
singgah, komen n follow lah blog sabry oppa kalau sudi...
nice to meet you...^_^
weh sergeant! aku ingat slh msk blog td hahaha!
bole thn gaya pnulisan tp aku err td sempat bc part tunang..aku tau..aku bslh
bla nk sambung ? -___-"
terima kasih bagi tunjuk ajar kat aku..
wei, bila nak up date ni?
next sambungan.....
heee bila nak sambung ni? dh excited nak baca lagi..
eh alamak mya kena baca dari part1
sayang,awak dah break up dengan partner ek ??haha.
btw,saya sedia menunggu kamu:)
Post a Comment